Friday 29 September 2017

Original Cake


Assalam...
Orang kata, orang Malaysia ini suka sangat nak pergi berbaris berebut-rebut tempat-tempat baru atau yang viral dalam media sosial.  Tak kisah lah tempat makan ker, tempat berkelah ke sampai ke tempat menjual pakaian.  Sanggup, bersemangat waja.  Salah satu tempat orang ramai beratur panjang adalah kedai Original Cake ini, kira saya ini termasuk sekali ker dalam statistik tu? sebab pergi beratur nak dapatkan original kek.


Saya pergi outlet yang berdekatan di One Utama, selepas beberapa bulan dibuka.  Semasa pergi tu memang panjang juga orang beratur. Mengikut pengamatan saya cara penjualan kek yang unik, menyebabkan orang beratur panjang.  Mereka hanya jual kek yang masih panas baru keluar daripada oven.  Sebaik kek keluar daripada oven, petugas tu akan ukur dan potong kemudian dimasukkan ke dalam kotak.  Maksudnya mereka tidak menyimpan stock kecuali kek frozen (original kek perasa coklat).


Kalu tak silap, kek gebu gebas begini asalnya daripada Taiwan.  Hanya peminat tegar kek yang suka akan rasanya, biasalah ada pro and contra (bisik-bisik kata macam makan span, sedap lagi kuih bahulu).  Masing-masing punya citarasa. 


Sebab teringin nak tahu rasanya, kita pun beraturlah nak beli.  Dah rasa tu baru tahu, nak terjatuh cinta atau tidak.  Kalau tanya saya nak ulang beli lagi tak? saya rasa kalau ada pilihan lain, lebih baik saya makan kek-kek jadul.


Sangat interesting tengok cara pengolahan kek, boleh nampak depan mata kek yang sedang dibakar (half live kitchen lah).  Dalam satu tray tu terdapat 2 perisa, biasa dan cheese.  Kalau setiap orang dah beli  2 atau 3 ketul, orang yang belakang kena lah menunggu kek yang lain masak.


Beli 2 ketul, original kek yang persa ori (biasa) dan yang ada cheese.  Satu lagi flavour coklat tak beli sebab tak suka coklat.


Ini cake yang ada cheese.  Cheese dia rasa mild jer, ada lah rasa masin-masin sikit kek tu.  Pulun lah makan sampai lebam nak habiskan 2 ketul.


Kalau ada yang bertanya halal ke tidak kek ini, iya halal dan sijil halal mereka dikeluarkan oleh Jakim.
Wassalam.

Thursday 28 September 2017

Naik MRT & Sate Kajang


Assalam...
Sahabat baik saya, dia ini dalam kategori sahabat dunia akhirat.  Dia tahu pasal saya luar dan dalam, dah lalu zaman susah senang bersama (Alhamdulillah dia dah cukup senang sekarang, saya je belum lagi).  Tapi tak kisah lah tu, dia senang saya pun turut merasa tempiasnya.  Hasrat dia nak datang KL berdua dengan anaknya, nak pergi naik LRT & nak makan Sate Kajang.


So sebelum hari yang dijanjikan, saya pergi servay dulu jalan nak pergi tempat Sate Kajang tu dengan menaiki MRT.  Sebab sendiri pun belum pernah lagi naik MRT sejak ianya dilancarkan pada penghujung tahun lepas (2016).  Menaiki train dari stesen muzium negara, (conecting stesen dengan Kelana Jaya LRT, di stesen KL Sentral) ke stesen last di Kajang dan patah balik ke Stesen Sungai Buloh.  Balik dari Sungai Buloh turun stesen Bandar Utama, hentian terdekat dengan rumah.


Petang sabtu tu, kami park kereta di Bandar Utama menuju ke Stadium Kajang.  Nak pergi makan sate, nak pergi makan sate.  Excited sungguh makcik, nak imbas kenangan lama lah tu.


Cap ibu dan anak yang sangat riang menaiki MRT, datang dari jauh tu dua beranak ini semata-mata nak naik MRT.   Saya cerita kat anak tu, dulu umi awak buat tesis pasal rangkaian aliran keretapi di Lembah Klang ini, lepas ini awak boleh lah buat revision sebab dulu masa umi awak buat paperwork dia tu, baru ada komuter dan lrt saja.


Stesen hentian kami, adalah Stadium Kajang.  Bau yang sate yang semerbak sebaik saja keluar daripada train.  Sebelum kami menuju ke Sate Hj Samuri tu, kami selesaikan dulu tanggujawab yang perlu dilaksanakan di surau dan bilik air stesen.


Petang sabtu, malam minggu, ujung minggu, hari dan waktu orang ramai keluar mencari makan bersama dengan keluarga.  Cukup ramai manusia di situ, tawaf beberapa kali, turun naik ke tingkat atas mencari meja kosong, nan hado.  Yang dapat meja pun, kena tunggu lebih kurang sejam baru dapat ayang yang mereka order.  Mood terus kelaut masa tu, tapi 2 beranak ini bersemangat nak makan sate, maka beraturlah nak beli bungkus balik makan kat rumah. 


Pasrah jelah sebab tak dapat meja, tempat duduk nak menunggu pun  takde, jadi saya panjat kereta kuda yang takde kuda, diorang buat hiasan depan kedai.  Bad mood tiba-tiba sebab rasa tak menjadi plan kami malam tu.  Selepas 2 beranak tu dapat bungkusan sate dan air, mereka pun ikut macam saya naik ke kereta kuda.  Buka bungkusan dan kami menikmati sate di atas kereta kuda.  Dapat makan sate mood terus kembali ceria. 


Tak fikir dah pasal jelingan daripada pengunjung lain.  Yang penting kami happy makan sate atas kereta kuda, rasa macam kami je yang ada kat situ.  Mungkin sebab tengok kami seronok kat atas tu, ramai juga yang berganti-ganti naik ambil gambar kat kereta kuda yang takde kuda.
Wassalam.

Syawal 1438 dan Kawan-kawan Baru


Assalam...
Kita dah berganti tahun baru hijrah ke 1439, ikut pada tajuk tu, kiranya ini cerita tahun lepas lah kan.   Dijumpakan dan dikelilingi dengan kawan-kawan yang baik merupakan rezeki Allah yang tak ternilai.  Ini antara kawan-kawan baru yang kami kenal ketika sama-sama menunaikan umrah penghujung bulan mac lepas, Kami gelarkan group ini sebagai Group TK22 (ambil nama sempena nama group urmah hari tu).


Mulanya daripada group whatsApp yang dibuat oleh tour leader sebelum berangkat hari tu untuk memudahkan ahli group berkomunikasi.   Selepas balik pun still rancak menjalinkan ukhwah, setiap hari pasti ada yang akan bertanya khabar dan menyediakan kata-kata nasihat.  Akhirnya ukhwah kami masih terjalin sekembali ke tempat masing-masing.


Semasa dalam bulan syawal lepas, sempat bertamu ke beberapa rumah kawan-kawan yang tinggal di sekitar KL.  Tahniah kepada Shah dan isterinya Iz kerana rajin merangka program jalan-jalan raya ke rumah kawan-kawan.  Memulakan pertemuan dirumah beliau dahulu, kemudian kami ke Kajang rumah en. Halim dan Uzaimah.  Seterusnya kami beraya di rumah en. Jalil di Bandar Tun Razak. 


Bukan juadah raya yang disajikan oleh tuan rumah menjadi keutamaan kami, tetapi ukhwah islamiah dan dipanjangkan perkenalan dengan ahli keluarga yang lain.  Tetapi adat melayu orang datang berkunjung, tuan rumah mesti sediakan makan minum untuk tetamu. Di Kajang kami dihidangkan dengan sate kajang yang sangat sedap (sate willy kalau tak silap).  Buah sentul (ketapi) yang atas tu dah lama dicari, rezeki bertemu di Kajang (buah tangan dari Alor Star menurut Uzaimah).


Semoga berterusan dan berkembang baik ukhwah islamiyah ini demi Allah SWT, dan akan banyak lagi program pertemuan antara ahli group di masa akan datang.  Ya Allah jauhkan kami daripada sifat-sifat sombong dan tidak bersyukur atas nikmat dan ujian kurnianMu, permudahkan urusan kami dan kawan-kawan group TK22.
Wassalam.

Wednesday 27 September 2017

Tahu Begedil


Assalam..
Air liur nak meleleh bila terpandang gambar di Ig's orang tanyang-tanyang pasal tahu bergedil ini.  Boleh bayangkan sedapnya lahai, tapi kebanyakkan tu orang jual atau tayang tahu begedil yang dia beli.  Takkan nak buat muka toya minta resepi kan.  Akhirnya keinginan tu terjawap ketika seorang hamba Allah tu letak gambar dan resepi sekali.  Syukur sangat-sangat, sebab saya ini bukan jenis yang pandai mereka-reka, nampak gambar dah boleh tiru, jenis lurus bendul pasal masak-masak ini.  


Pelbagai bentuk tahu pok yang diguna, sebab jumpa macam-macam, jadi beli macam-macam saiz.  Tapi lebih senang untuk isi tahu yang segi empat kecil berbanding dengan yang besar tu.


Tahu yang dah kembung-kembung buncit penuh berisi inti.  Cara senang masukkan inti dengan menggunakan piping bag, kalau guna sudu takut jari-jari bulat tu merosakkan tahu jadi pecah.


Last step sebelum tahu begedil digoreng, celupkan ke dalam telur yang telah dipukul-pukul manja gitu.


Jom semak resepi yang telah di kongsikan oleh Puan Shima dan saya dan olah sikit ikut bahan stok yang saya, semoga bertambah rezeki dan pahala beliau.

 
Tahu Begedil
Sumber: Ig. Shimariff73


Bahan-bahan
Tahu pok (old beancurd) secukupnya
Kentang secukupnya - campur sedikit chicken concentrated ketika merebus (saya guna 1kg)
Daging kisar / ayam kisar (saya guna 1pkt daging kisar) - gaul sebati dengan rempah sup dan  serbuk perasa maggi
Daun sup - hiris
Daun bawang - hiris
sedikit bawang goreng
Serbuk lada hitam (saya letak 2 sudu)
Telur ayam - untuk saduran (saya guna 2 biji)
Garam secukupnya


Caranya
*  Lenyek kentang yang telah di rebus hingga separuh lumat atau lumat (ikut citarasa masing-masing)
*  Panaskan minyak, tumis daging kisar / ayam kisar yang sudah digaul dengan rempah tadi sehingga daging kecut (tambah air jika perlu) daging lembut dan air kering.
*  Dalam mangkuk satukan kentang dan daging kisar / ayam kisar, daun sup, daun bawang, bawang goreng dan serbuk lada hitam.  Gaul hingga sebati.
*  Belah bahagian atas tahu pok sedikit guna hujung pisau atau gunting.
*  Sumbatkan dengan bahan-bahan yang siap digaul (berhati-hati jangan sampai pecah).  Ulang hingga tahu dan inti habis di sumbat.
*  Panaskan kuali dengan minyak yang banyak (deep fry), api jangan terlalu besar.
*  Pecahkan telur, kocok sedikit dan sadur tahu yang telah siap disumbat dan masukkan ke dalam minyak panas.
*  Sentiasa balik-balikkan untuk pastikan warna keemasan sama rata.
*  Angkat dan toskan minyak
*  Hidang bersama dengan sos tahu begedil.



Sos Hitam Manis

Bahan-bahan
3 ulas bawang putih*
1 inc. halia*
2 sudu besar kicap manis
1 ketul gula melaka
1 sudu besar taucu - lumatkan
1 1/2 cawan air
1/2 sudu kecil asam jawa
sedikit tepung jagung- bancuh dengan air untuk pekatkan kuah
Kacang tanah dab bijan - sangai untuk taburan di atas sos
minyak untuk menumis


Caranya
*  Tumbuk bahan bertanda '*' hingga lumat.
*  Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga wangi dan kekuningan.
*  Masukkan cili kisar dan tuacu, masak hingga pecah minyak. 
*  Tambahkan air secukupnya, gula melaka, sos cili dan kicap manis.
*  Biarkan mereh dengan api perlahan sehingga gula larut.
*  Bila gula dah cair, masukkan air asam jawa, kacau sebati dan sesuaikan rasanya.  Perlu seimbang 4 rasa sos perlu ada lemak-lemak, manis, masin dan pedas.
*  Tuang bancuhan tepung jagung kacau sehingga mendapat kepekatan yang dikehendaki.
*  Angkat sos, sejukkan dan tabur dengan kacang tanah dan bijan yang telah di sangai (jika suka).




Jenama tahu pok yang saya beli dan guna.  Beli kat tesco je, ada yang bentuk panjang dan bulat (saiz yang ramai guna untuk mee kari).  Tetapi senang guna yang besar (saiz yang orang guna buat tahu bakar). 


Pertama kali goreng, makan tahu tanpa sos sebenar sebaliknya cicah dengan thai chili sauce saja.  Ada juga yang masuk mulut tanpa sos, still sedap bagi saya yang kurang gemar makan sesuatu dengan sos.  Kali kedua goreng tu baru ada sos hitam manis yang seakan-akan sos tahu begedil (olahan en. Abe, entah apa yang diletak, tapi sedap juga cuma takde kacang atau bijan).
Wassalam.

Tuesday 26 September 2017

Rainforest Discovery Centre (RDC), Sandakan


Assalam...
Ini rombongan cik kiah ke Rainforest Discovery Centre (RDC) Sandakan, bawa semua anak cucu yang boleh dihangkut dalam satu kereta.  Tempat yang bagus untuk bawa kanak-kanak, boleh kenalkan mereka dengan tumbuh-tumbuhan herba dan pokok yang ada di sini.  Tapi sayang waktu itu, tak sempat nak masuk ke dewan pameran dan ke Plant Discovery Garden sebab dah lewat, mereka ini pula lebih teruja nak menaiki canopy walkway dan jambatan gantung.  


Canopy walkway, ianya selamat dan tak rasa  gayat melaluinya.  Ketinggiannya ada yang mencapai ketinggian 10 meter daripada permukaan tanah.


Keadaan laluan di canopy walkway, cuma kena keluarkan sedikit tenaga untuk berjalan dan pandangan mata kena peka.


Terdapat beberapa menara tinjau di sini dan ini salah satunya.  Sebaiknya ambil masa lama sikit bila datang ke sini untuk menghayati flora dan fauna.  Awasi kelakuan terutama kanak-kanak bawa jagaan, jangan buat bising ye.


Seronok sebenarnya kalau kita dapat mengenali tumbuh-tumbuhan serta khasiat dan faedahnya terhadap manusia.  Macam buat pembelajaran luar bilik darjah bawa kanak-kanak riang datang sini, walaupun ada yang fokus ke lain bila kita bercerita.



Vandalism terhadap poster, boleh diterima akal lah kan sebab yang merosakkan tu mahluk yang kurang berakal.


Sarang lebah tualang.  Close up, sarang ini jauh ke atas daripada kawasan canopy walkway sebenarnya.  Wah sedapnya kalau dapat mencicipi madu fresh dari sarang tu.

Geng cinta hutan ke RDC, siap berbusana hari raya.  Masa orang berhari raya sambil menziarahi saudara mara, curi masa sikit datang sini lepas tu sambung beraya lagi.  Mati lah mak, cucu oi kalau JPJ ada buat road block dalam perjalanan.  Dah rupa kereta bawa 44 orang penyamun.  Sumbat selagi boleh.


Yang paling kecil tu dengan penuh confident berlari-lari atas jambatan gantung, yang besar-besar pula terjerit-jerit sebab gayat.


Ok, tamat pembelajaran untuk kali ini.  Dengar bisik-bisik di belakang; 
"Ikut nenek jalan ingat nak belanja KFC, tapi suruh kita jalan kaki, lari, kenal pokok, baca papan tanda, blah...blah".
Bila tanya lain kali nak ikut lagi tak, semua jawap "Nakkk".
Wassalam.

Monday 25 September 2017

Mencari Pokok Tertinggi Di Dunia


Assalam...
Sudah terlalu banyak makan, mari kita exercise bakar lemak dengan hiking.  Cerita lama sebenarnya, hiking nak mencari pokok tertinggi di dunia.  Bertempat di Taman Bukit Tawau, hiking yang secara tidak sengaja dan tak termasuk dalam plan asal, bukit tak tinggi sangat, trek pejalan kaki pun ada, cuma iyalah tak bersedia itu yang jadi payah, tambah pakaian kami pun ada yang tak sesuai untuk hiking.  Namun disebabkan semuanya degil dan keras kepala, teruskan juga.



Geng lelaki (sepupu dan anak buah) sempat mengejar kami sampai ke tempat ini.  Seronok sebenarnya sebeb mereka pun join ke sini, kuranglah rasa takut sebab hari itu memang tiada pengunjung lain ke sini.


Dari starting point (taman herba / botani) menunjukkan lebih kurang 600meter ke lokasi pokok tertinggi itu.  Masing-masing kata jom, dekat jer.



Semangat memulakan pencarian pokok tertinggi, pandangan asyik mendongak ke atas, kot-kot boleh nampak pucuk pokok tertinggi.  Apasal semua tinggi, haram tiada seorang (geng perempuan) pun  yang tahu jenis pokok yang ada disekeliling kecuali ada beberapa yang telah dilabelkan.


Jumpa papan tanda ini, jauh lagi 488 meter ke hadapan.  Selepas itu trek semakin mendaki dan sedikit lecah sana sini, papan tanda besar macam tu dah berganti dengan papan tanda kecil terpacak di tanah.  Masing-masing lepas tu sibuk menunduk ke bumi mencari papan tanda pula, berapa lama lagi nak sampai.


Pencarian dari 200 meter seakan 2 batu jauhnya sedikit mendaki.  Namun lokasi sebenar pokok tertinggi ini terletak di bawah lereng. Dah jumpa, terus rasa nak peluk-peluk pokok tu, tapi oh hoi pokok tu dalam pagar.


Pagar pun kena langkau semata-mata nak sentuh pokok tu.  Ambil gambar dan selfie lah mereka sepuasnya di situ.  Saya memadai sekadar menyentuh di penjuru pokok, cepat-cepat selamatkan diri ke pelantar sebab perasaan geli-geleman akan mahluk kecil tu sudah sampai tahap maksima.


Budak kenit, umur suku abad di pangkal pokok tertinggi. 


Kalau dah nama jiwa hutan, lahir dan membesar di rimba, geng lelaki yang sampai tu boleh tahu nama pokok ini jenis apa.  Sibuk mereka cakap "oh pokok seraya kuning, dulu selalu jumpa di kem....blah...blah".  

Erm terkedu seketika, diorang ini study papan tanda ker atau dah baca penerangan pasal pokok kat situ ker.  Tapi tak mungkin kot, sebab dari jauh lagi mereka dah tahu nama, tengok batang pokok dah tahu.  Hebat, lain kali jangan underestimated diorang walaupun tahu mereka tu malas membaca.  Sebenarnya mereka banyak pengalaman bekerja di kem balak suatu ketika dulu, sehingga ke anak menerima tempiasnya.



Ini papan tanda penerangan berkenaan pokok tertinggi di dunia, yang terletak di tepi pelantar tinjau.  Sebenarnya jika dihitung dari segi ketinggian pokok yang ada di Taman Bukit Tawau, ini bukan lah pokok nombor satu tertinggi didunia tetapi tempat ke-9 dunia.  Jenis pokok yang mendominasi ketinggian masih adalah jenis pokok conifer (pokok pin) dan eucalypt yang terdapat di Amerika Utara dan Australia. 


Namun jika di kira dari segi ketinggian antara pokok tropika, pokok tertinggi (jenis seraya kuning) yang hidup di Taman Bukit Tawau dengan ketinggian 88.32 meter adalah yang tertinggi di dunia.  Penat mendongak nak melihat dahan pokok tertinggi ini, namun gagal terlindung oleh pokok-pokok yang lebih kecil di tepinya.


Saya cukup tak senang duduk masa sampai ke kawasan ini, keadaan hujan rintik dan tempat yang sedia lembab.  Geli geleman membayangkan kehadiran mahluk kecil ini, dalam hati banyak mahluk kecil tu menghuni kawasan lembab begini.


Jodoh tu tetap ada, dijumpakan juga dengan mahluk ini.  Dua ekor sedang melentik-lentikkan badan di tempat duduk, di pelantar tinjau.  Jika tak berhati-hati mau terduduk atas mahluk ini, syukur takde yang hinggap kat badan.  Perjalanan balik cepatkan langkah, lagi meremang bila ada yang menjerit di belakang sebab jumpa mahluk kecil tu dah kenyang dibadan mereka.
Wassalam.